-edited for diyanah-
Kehadapan sahabatku, Airini bt. Ab. Ghani, yang kini menetap di Dungun, Terengganu. Saya harap saudari bahagia di samping keluarga tersayang. Saya di sini sihat walafiat bersama keluarga tersayang di ibu negara, Kuala Lumpur. Saya ada terdengar di radio dan terbaca di akhbar bahawa kawasan perumahan kamu adalah satu daripada kawasan yang terkena bencana banjir. Bagaimanakah keadaan keluarga saudari? Saya berharap tiada perkara buruk yang berlaku kepada kalian semua.
Saya telah menerima surat saudari beberapa hari lalu tetapi baru kini saya dapat membalas surat saudari tersebut . Maklumlah, saya baru sahaja melangkah masuk ke tingkatan empat dan silibus tingkatan empat jauh berbeza dengan sebelum ini. Oleh itu, berharap saudari tidak kecil hati kerana kelewatan saya membalas surat saudari. Dalam surat saudari yang lalu, saudari telah menyatakan hasrat saudari untuk mengetahui rahsia kejayaan saya dalam PMR kerana saudari akan mengahadapi peperiksaan tersebut tidak berapa lama lagi.
Antara rahsia kepada kejayaan saya adalah saya telah membuat sebuah jadual belajar. Jadual belajar tersebut telah banyak membantu saya dalam membahagikan masa saya dengan bijak dan efisien. Saya bijak membahagikan waktu untuk belajar dan waktu untuk beriadah. Apabila saudari telah membuat jadual belajar, saudari perlulah dedikasi kepada jadual belajar tersebut.Tidak ada gunanya saudari bersusah payah menyusun jadual belajar tapi tidak dedikasi dalam melaksanakannya. Dalam sehari itu juga, disarankan saudari untuk berehat seketika supaya saudari tidak berasa terlalu tertekan. Janganlah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak atau ponteng kerana itu hanya akan merosakkan masa hadapan saudari serta membazir masa sahaja. Sebaliknya, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas.
Selain itu, saudari juga perlu melakukan senaman pada setiap hari untuk menyihatkan badan. Menurut kajian, apabila seseorang pelajar itu mempunyai gaya hidup dan badan yang sihat, dia akan lebih cepat memahami dan mudah mengingati apa yang diajar oleh guru. Jikalau saudari bersenam, saudari akan jarang dijangkiti penyakit malahan akan lebih bersikap optimis dan positif. Perkara-perkara tersebut penting supaya pelajaran tidak terganggu serta saudari akan lebih teliti di dalam kelas.
Di(space diyanah space :p )samping itu, saudari juga haruslah menumpukan sepenuh perhatian ketika berada di dalam kelas. Saudari juga patutlah mengambil inisiatif untuk mencatat perkara-perkara penting dalam bentuk nota ringkas supaya saudari boleh mengulang (SPACE)kaji pelajaran tersebut dengan mudah. Saudari juga janganlah tidur di dalam kelas, bercakap denagn rakan ketika guru sedang mengajar atau ponteng kelas kerana saudari akan ketinggalan dalam pelajaran dan terlepas info penting seperti soalan ramalan serta topik yang perlu diberi penekanan. Selain itu, saudari juga bolehlah tanya guru kalau ada perkara yang tidak difahami kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
Saudari juga haruslah prihatin dalam segi pemakanan. Mengamalkan cara pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat adalah penting dan merupakan antara faktor kejayaan dalam PMR . Antara contoh makanan berkhasiat adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tersebut perlu diambil dalam kuantiti yang banyak supaya badan cergas minda cerdas. Saudari semestinya perlu makan makanan mengikut piramid makanan yang disediakan. Apabila saudari mengamalkan pemakanan berkhasiat, saudari akan dapat merasakan perubahan yang agak ketara dalam diri. Terutamanya ketika berada di dalam kelas, saudari akan sentiasa bertenaga dan mudah menerima serta memahami apa yang diajar oleh guru. Jangan mengendahkan sahaja pemakanan kerana terlalu sibuk mempersiapkan diri untuk PMR. Ini akan memudaratkan diri dan saudari akan senang diserang penyakit.
Saudari juga perlu berdoa kepada Tuhan untuk memberikan saudari kejayaan. Janganlah saudari melupakan tanggungjawab saudari kepada Tuhan. Saudari juga patut menghormati kedua-dua ibu bapa, guru-guru serta rakan saudari kerana sokongan dan dorongan merekalah yang akan menolak saudari ke hadapan. Saudari perlulah berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa. Biarlah, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Semoga saudari juga akan mendapat keputusan yang cemerlang seperti saya dalam PMR kelak.
Sampai di sini sahajalah warkah saya pada kali ini. Tolong sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

0 comments:
Post a Comment